Pengenalan
Kerjaya Pembantu Perubatan
Pembantu Perubatan berfungsi memberi perkhidmatan kuratif, promotif, preventif dan pemulihan pada
tahap yang bersesuaian dalam program perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
Ringkasan Tugas Pembantu Perubatan
Berperanan memberikan perkhidmatan Primer dan Khusus dalam aspek
kesihatan berikut :
Perkhidmatan Primer - Memberi rawatan primer dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Jabatan Pesakit Luar, Wad dan Jabatan Kecemasan di Hospital-Hospital.
1. Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit dan mencatatkan
sejarah penyakit, dan merujuk mana-mana kes yang memerlukan rawatan lanjut oleh pegawai perubatan
2. Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit
ringan seperti berikut :
3. Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan
masyarakat setempat di samping mengendali Dispensari Bergerak dengan merawat kes-kes ringan.
4. Memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan,
sebelum kes diambil alih oleh Pegawai Perubatan.
5. Ketua Pasukan Ambulan dan memberi
rawatan kecemasan mengikut prosedur perubatan yang ditetapkan.
6. Membantu Pegawai Perubatan semasa prosedur bedah siasat mayat
dijalankan.
Perkhidmatan Khusus - Memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran, wad dan program-peogram lain dan boleh dibahagikan
kepada tiga kategori :
1. Penjagaan Khusus
2. Pembantu Perubatan ditempatkan di Jabatan Ortopedik, Pembedahan
Am dan Unit Rawatan Rapi, Psikiatri, Mata, ENT, Urologi, Neurologi dan lain-lain Jabatan/Unit di Hospital.
3. Pentadbiran dan Latihan.